SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
KARAMALLAHU WAJHAH
Saiyidina Ali R.A. bukan sahaja
seorang sahabat besar
Rasullullah S.A.W. serta yang
paling dicintai oleh baginda
bahkan beliau juga seorang
manusia luarbiasa yang memiliki
ilmu bagaikan lautan, kefasihan
lidahnya yang tiada bandingan
sebagai seorang ahli sastera dan
pidato, di samping seorang
pahlawan yang tiada
seorangpun dapat menafikan
kehandalannya di antara barisan
pahlawan-pahlawan yang
terbilang.
Beliau telah memeluk Islam
ketika berumur 8 tahun dan
merupakan kanak-kanak yang
mula-mula sekali memeluk Islam.
Setengah riwayat menyatakan
bahawa beliaulah yang paling
dahulu Islam dari Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq R.A. Saiyidina Ali
Bin Abu Talib termasuk ahli
keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri
kerana beliau adalah sepupu
baginda yang membesar dalam
asuhan dan pemeliharaan Nabi
S.A.W. Saiyidina Ali R.A. dilahirkan
dalam Kaabah, kiblat yang
menjadi kerinduan ummat Islam.
Mula-mula yang dilihatnya ialah
Muhammad S.A.W. dan Siti
Khadijah sedang sembahyang.
Ketika beliau ditanyakan kenapa
memeluk Islam tanpa lebih
dahulu mendapat izin ayahnya,
Ali R.A. menjawab, "Apa perlunya
aku bermesyuarah dengan ayah
demi untuk mengabdi kepada
Allah?
Pada mulanya agama Islam
hanya berkembang di sekitar
lingkungan rumah Rasulullah
S.A.W. sahaja, yakni berkisar pada
diri Rasulullah S.A.W., isterinya Siti
Khadijah, Ali dan Zaid Bin
Haritsah. Pada suatu hari Nabi
Muhammad S.A.W. telah
mengundang sekelian sanak
saudaranya pada satu jamuan di
rumahnya. Setelah mereka itu
datang maka Rasulullah S.A.W.
pun menerangkan kepada
mereka itu tentang agama Islam
yang dibawanya itu. Maka Abu
Lahab memutuskan
pembicaraannya serta menyuruh
hadirin yang lain supaya
meninggalkan jamuan makan itu.
Pada keesokan harinya
Rasulullah S.A.W. mengadakan
pula jamuan makan, dan setelah
selesai bensantap, maka
bersabdalah Rasul S.A.W.
"Saya rasa tak ada seorang yang
membawa sesuatu yang lebih
mulia daripada yang ku bawa
sekarang. Maka siapakah di
antara kalian yang akan
menolongku? Tatkala
mendengarkan rayuan Rasul itu
mereka semua marah lalu
bangkit untuk meninggalkan
rumah itu. Tetapi Ali yang masih
lagi belum baligh ketika itu lantas
bangun seraya berkata, "Hai
Rasulullah, akulah yang akan
menolongmu. Aku akan
memerangi sesiapa sahaja yang
akan memerangimu , lalu
disambut oleh hadirin dengan
tertawa sambil melihat-lihat Abu
Talib dan anaknya itu. Kemudian
meneka meninggalkan rumah
Rasul itu sambil mengejek-ejek.
Saiyidina Ali R.A. pernah benkata,
"Aku telah menyembah Allah
S.W.T. lima tahun sebelum
disembah sesiapapun dari
ummat Muhammad ini. Bahkan
beliau adalah salah seorang yang
pertama bersembahyang
bersama Rasulullah S.A.W. Dalam
hubungan ini Anas Bin Malik R.A.
pernah berkata, "Muhammad
diangkat menjadi Rasulullah
pada hari Isnin, sedang Ali Bin
Abu Talib sudah ikut
sembahyang bersama baginda
Rasul pada keesokan harinya.
Abu Talib, bapa saudara Rasul
adalah seorang yang miskin lagi
susah hidupnya serta
mempunyai ramai anak. Maka
dengan maksud untuk
meringankan beban Abu Talib
itulah atas fikiran. Nabi S.A.W.,
Saiyidina Abbas Bin Abu Muttalib
telah mengambil Ja'afar menjadi
tanggungannya sedang Rasul
sendiri mengambil Ali. Dengan
hal demikian tumbuhlah Ali Bin
Abu Talib sebagai seorang
pemuda di tengah-tengah
keluarga Rasulullah dan langsung
memperoleh asuhan dan
baginda. Saiyidina Ali R.A. banyak
mengambil tabi'at Nabi S.A.W.
dan beliaulah yang terdekat
sekali hubungannya dengan
Rasul serta yang paling
dicintainya. Demikian akrabnya
Saiyidina Ali R.A. dengan
Rasulullah S.A.W. hinggakan
beliau hampir-hampir tidak
pernah berpisah sejengkal pun
dari Rasulullah S.A.W. baik di
waktu suka mahupun di waktu
susah. Pergonbanannya
terhadap Islam dan Rasulnya
adalah demikian besar sekali dan
akan selamanya menjadi contoh
keutamaan yang tiada
bandingannya dalam sejarah
ummat Islam.
Tatkala Rasulullah S.A.W.
melakukan hijrah ke Madinah di
atas penintah Allah S.W.T. bagi
menyelamatkan dirinya dari
rencana pihak musyrikin Quraisy
yang bertujuan hendak
membunuhnya, maka kepada
Saiyidina Ali R.A. ditugaskan oleh
baginda untuk tidur di tempat
tidurnya pada malam yang
sangat genting itu. Walaupun
tugas itu sangat berat dan
merbahaya sekali namun
Saiyidina Ali R.A. sebagai sifatnya
seorang pejuang yang sejati,
telah menyanggupi tugas
tersebut dengan hati yang ikhlas
dan gembira, kerana beliau
mengerti bahawa berpeluang
menyerahkan nyawanya demi
untuk menebus seorang Rasul.
Bahkan beliau juga mengerti
bahawa tugas yang
dilaksanakannya itu akan
merupakan pengorbanan yang
tidak ada tolok bandingannya di
kemudian hani.
Setelah Rasulullah S.A.W. selamat
sampai ke Madinah, tidak lama
kemudiannya tibalah pula
rombongan Saiyidina Ali R.A.
Apakala ramai kaum Muhajinin
sampai di kota Madinah itu,
Rasullullah S.A.W. telah
mempersaudarakan antana
golongan Muhajirin dengan
golongan Ansar. Tetapi anihnya
dalam hubungan ini Rasulullah
tidak mempersaudarakan
Saiyidina Ali R.A. dengan
sesiapapun juga, hanya baginda
berkata kepada Saiyidina Ali,
demikian sabdanya, "Wahai Ali,
engkau adalah saudaraku di
dunia dan saudaraku juga di
Akhirat. Demikian jelaslah
bahawa baginda telah
mempersaudarakan Saiyidina Ali
dengan diri baginda sendiri.
Kesayangan Rasulullah S.A.W.
terbukti dengan menjodohkan
Saiyidina Ali R.A. dengan puteri
yang paling disayanginya iaitu
Fatimah AzZahrah, seorang
wanita yang paling utama di
syurga, padahal sebelum itu
Fatimah sudah pernah dilamar
oleh Saiyidina Abu Bakar dan
Saiyidina Umar Al Khattab R.A.
tetapi Rasul menolaknya dengan
lemah lembut dan dengan cara
yang bijaksana.
Sebagai seorang yang gagah
berani dan sahabat yang paling
disayangi baginda Rasul,
Saiyidina Ali R.A. tidak pernah
ketinggalan dalam mana-mana
peperangan baik besar mahupun
kecil yang dilakukan oleh
Rasulullah S.A.W. Beliau telah
melakukan peranan yang
penting dalam Peperangan Badar
yang terkenal itu. Ketika itu
beliau merupakan seorang
pemuda yang gagah dan tampan
masih dalam lingkungan 20an
lagi. Dalam peperangan itulah
buat pertama kalinya Rasulullah
S.A.W. telah menyerahkan panji-
panji peperangan kepada
Saiyidina Ali R.A. dimana beliau
telah menjalankan tugasnya
dalam peperangan tersebut
dengan cemerlang sekali. Setelah
peperangan tamat para sahabat
tidak menemui Nabi S.A.W. di
tengah-tengah mereka. Dalam
keadaan mereka tertanya-tanya
itu tiba-tiba muncul Rasulullah
S.A.W. bersama Saiyidina Ali R.A.
seraya baginda bersabda, "Saya
sebenarnya ada di belakang
kalian sedikit kerana merawati
perut Ali yang luka. Dari peristiwa
ini dapatlah dilihat betapa
besarnya kecintaan baginda
tenhadap Saiyidina Ali R.A. dan
bagaimana pula besarnya
pengorbanan Ali R.A. dalam
menegakkan kemuliaan Agama
Islam.
Dalam apa jua peperangan yang
dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.,
Saiyidina Ali R.A. tetap berada di
samping baginda. Pada suatu
ketika iaitu dalam Perang Tabuk,
tiba-tiba Rasulullah S.A.W. tidak
membenarkan Saiyidina Ali R.A.
untuk menyertai baginda hingga
sikap Rasulullah S.A.W. itu telah
dijadikan modal fitnah oleh pihak
musuh-musuh Islam serta kaum
munafik konon baginda tidak
senang hati terhadap Saiyidina
Ali R.A. Jika tidak demikian
masakan baginda menegahnya
menyertai perang. Sebagai
seorang yang benar dan
mencintai kebenaran Saiyidina Ali
R.A. kurang berasa senang
mendengar desas-desus yang
kurang menyenangkan itu lantas
beliau terus menjumpai Rasul
untuk meminta penjelasan.
Sebagai menghilangkan
keraguan beliau itu, Rasul lalu
bersabda kepadanya, "Tidakkah
engkau rela hai Ali,
kedudukanmu di sisiku seperti
kedudukan Harun di sisi Musa ?"
Mendengankan kata-kata
Rasulullah s.a.w yang
menyejukkan jiwanya itu maka
barulah puas Saiyidina Ali R.A.
Perkataan Rasul itu terang
memperlihatkan betapa besarnya
kecintaan dan penghormatan
baginda terhadap dirinya.
Dalam Perang Khaibar pula di
mana sebuah ibu kota kaum
Yahudi sukar dapat ditakluki oleh
angkatan tentera Islam, Saiyidina
Ali R.A. telah memainkan
peranannya yang utama sekali.
Pada mulanya pihak Islam gagal
untuk menakluki kota tersebut
sekalipun telah dilakukan
pengepungan beberapa hari
lamanya. Dalam detik-detik yang
sukar itulah akhirnya Rasulullah
S.A.W. bersabda"Saya akan
menyerahkan panji-panji
peperangan esok pada seorang
lelaki yang mencintai Allah dan
RasulNya dan dicintai oleh Allah
dan RasulNya".
Sekelian panglima pasukan
masing-masing mengharapkan
agar dirinya akan diserahkan
panji-panji tersebut kerana
setiap mereka bercita-cita
hendak mendapatkan kemuliaan
yang begitu besar sebagai
seorang yang mencintai Allah
dan RasulNya dan dicintai pula
oleh Allah dan RasulNya. Pada
keesokan harinya, setelah selesai
sembahyang subuh Rasulullah
S.A.W. lantas mencari-cari
Saiyidina Ali R.A. Nyatalah
bahawa Saiyidina Ali R.A. tidak
ada di situ kenana ketika itu Ali
R.A. mengidap sakit mata.
Kemudian bersabdalah Rasul
"Panggillah Ali ke mari
menjumpai saya, Saiyidina Ali R.A.
yang sedang sakit kedua
matanya itu lalu datang
mengadap Rasulullah S.A.W.
seraya baginda pun meludah
kepada mata beliau yang sakit
itu. Maka dengan serta merta
sahaja sembuhlah mata beliau.
Kemudian Rasul pun
menyerahkan panji-panji kepada
Saiyidina All R.A. Maka benteng
yang sudah berhani-hari tidak
dapat ditembus itu akhirnya
dapat dikalahkan di bawah
pimpinan panglima Ali Bin Abu
Talib R.A.
Satu lagi peperangan di mana
Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A.
memperlihatkan kegagahan dan
keberaniannya yang luarbiasa
ialah tatkala berlakunya Perang
Khandak atau Ahzab. Perang ini
adalah antara pihak Islam
dengan angkatan musyrik Mekah
yang mendapat bantuan dari
puak-puak Arab yang lain serta
orang-orang Yahudi. Orang-
orang Islam telah menggali parit-
parit yang digelarkan Khandak di
sekeliling kota Madinah sebagai
jalan untuk membendung
kemaraan pihak musuh
danipada memasukinya. Jumlah
pihak musuh adalah kira-kira
10,000 orang tetapi mereka
tidak dapat masuk kerana
tenhalang oleh parit-parit.
Namun begitu mereka terus
mengepung kota itu selama 15
hari lamanya. Kemudian Allah
S.W.T. turunkan angin ribut dari
tentera Allah yang tak kelihatan
memukul dan menerbangkan
khemah-khemah serta alat
perang musuh sehingga mereka
pun mengundurkan diri dengan
penuh kekecewaan.
Semasa peperangan inilah
diriwayatkan bahawa beberapa
pahlawan musynik Quraisy telah
dapat menyeberangi parit
dengan mengenderai kuda. Di
antara mereka ialah Amru Bin
Abdi Wid, Ikrimah Bin Abu Jahal
dan Dhiraar Ibnul Khattab.
Apakala mereka itu telah berada
di seberang parit, tiba-tiba Amru
Bin Wid telah bertempik meminta
lawan untuk beradu kekuatan
dengan pihak pahlawan-
pahlawan Islam. Dia mencabar
seraya berkata, "Siapa di antara
kalian yang berani berlawan
denagan aku, silakan! Cabaran
itu lantas disambut oleh Saiyidma
Ali R.A. yang kemudiannya terus
meminta izin dari Rasulullah
S.A.W. untuk melawan pahlawan
musyrik itu. Kata Ali R.A., "Saya
akan melawan dia, ya Nabi Allah,
Izinkanlah saya. Tetapi Rasulullah
S.A.W. telah menahannya dengan
sabdanya, "Duduklah engkau hai
Ali! Tidakkah engkau tahu dia
Amru.
Amru kemudian minta lawan lagi
berulang-ulang hingga dua kali.
Setiap ia mencabar, Saiyidina Ali
R.A. telah berdiri menyahutnya
tetapi Rasulullah senantiasa
menyuruhnya duduk sambil
mengingatkan bahawa lawannya
itu bukan padannya kenana
Amru itu memang terkenal
gagah lagi perkasa. Namun
begitu Saiyidina Ali R.A. tetap
juga mengatakan, "Sekalipun dia
itu Amru, hai Nabi Allah, saya
tidak takut melawannya.
Izinkanlah saya menemuinya.
Akhinnya Rasulullah S.A.W.
mengizinkannya untuk melawan
musuh yang keadaan orangnya
lebih tua, lebih besar lagi lebih
berpengalaman dari dirinya itu.
Sebelum Saiyidina Ali R.A. pergi
mendapatkan musuhnya yang
menanti itu, Rasulullah S.A.W.
telah membekalnya dengan
pedangnya lalu kemudian berdoa
ke hadrat Allah S.W.T. untuk
keselamatan Saiyidina Ali Bin Abu
Talib R.A.
Tidak lama kemudian tampillah
Saiyidina Ali R.A. ke hadapan.
Manakala Amru melihatnya dia
tidak dapat mengenalinya kerana
muka dan kepala Saiyidina Ali R.A.
bertopeng besi lalu ditanyainya:
“Siapa engkau, hai pahlawan?”
Jawapnya, "Ali!”
Tanya Amru lagi, "Ali, anak Abdul
Manaf?”
Jawab Ali R.A. "Ali, anak Abu
Talib”
Mendengar nama itu Amru
enggan hendak melawannya
seraya katanya untuk
memperkecilkan kehandalan Ali
R.A. "Wahai anak saudaraku!
Lebih baik orang lain sahaja
engkau suruh melawan aku.
Panggillah paman-pamanmu
yang lebih kuat daripadamu. Aku
benci menumpahkan darahmu,
kerana aku memandang ayahmu
seorang sahabat baikku.
Saiyidina Ali R.A. lalu menjawab,
"Tetapi aku, demi Allah, tak benci
menumpahkan darahmu. Demi
mendengarkan jawapan itu
maka menjadi marahlah Amru
dan mulalah ia hendak
menyerangnya. Tetapi Saiyidina
Ali R.A. lalu benkata, "Macamana
aku hendak bertempur
denganmu padahal engkau di
atas kuda. Turunlah ke mari
sama-sama aku di bawah.”
Mendengar itu Amru telah
menghambur dari kudanya,
dihunusnya pedangnya itu dan
untuk menunjukkan garangnya
ditetak kudanya dicencangnya
mukanya supaya tak boleh lari.
Kemudian ía mara ke hadapan
mendapatkan Saiyidina Ali R.A.
yang disambut pula olehnya
dengan mengacukan perisainya
yang dibuat daripada kulit. Amru
telah menetaknya, perisainya
tersiat sedang pedangnya pula
melekat di situ dan mengenai
kepala Saiyidina Ali R.A. Maka
Saiyidina Ali R.A. pun membalas
menetak bahu Amru. Ia lalu
tersungkur rebah serta mati di
situ juga. Saiyidina Ali R.A. lantas
memekikkan takbir, "Allahu
Akbar yang disambut pula
dengan pekikan takbir yang
bengemuruh di angkasa oleh
kaum Muslimin yang
menyasikannya, sebagai tanda
kesyukunan di atas
kemenangannya. Dan dengan
kematian Amru itu kawan-
kawannya yang lain
bertempiaran lari mengundurkan
diri.
Rasulullah S.A.W. selalu memilih
Saiyidina Ali R.A. untuk diberikan
tugas dalam pekerjaan-pekerjaan
yang amat berat, yang
memerlukan keberanian yang
luarbiasa serta ketabahan yang
besar. Pada suatu masa,
Rasulullah S.A.W. telah mengutus
pahlawan Islam Khalid Bin Walid
ke negeri Yaman untuk
melaksanakan tugas sebagai
pemenintah dan mubaligh Islam
di negeri itu. Setelah bekerja
selama enam bulan ternyata
Khalid tidak berjaya memperoleh
hasil yang diharapkan walaupun
setelah bekerja bertungkus
lumus. Kemudian Rasulullah
S.A.W. pun mengutus pula
Saiyidina Ali R.A. untuk
menggantikan tempat Khalid Bin
Walid sebagai mubaligh dan
pemenintah di sana. Demi
apakala penduduk Yaman
mendengar bahawa Saiyidina Ali
R.A. yang telah mereka kenal
Sebagai Harimau Padang Pasir itu
ditugaskan sebagai pemerintah
yang baru maka bersegeralah
mereka berkumpul hingga
akhirnya Saiyidina Ali R.A. dapat
melakukan sembahyang subuh
bersama-sama mereka itu.
Setelah selesai sembahyang
subuh, Saiyidina Ali R.A. pun
membacakan surat dakwah di
hadapan para hadirin. Maka
seluruh penduduk dan kaum
Hamdan sekeliannya memeluk
Islam pada hari itu. Dalam
laporan yang dikirimkan oleh
beliau kepada Rasulullah S.A.W.
Saiyidina Ali R.A. telah
mengisahkan peristiwa yang
telah terjadi itu. Setelah Rasul
S.A.W. membaca laporan tersebut
segeralah baginda sujud
menyembah Allah sebagai tanda
syukur atas kejadian itu senaya
bersabda, "Sejahteralah
penduduk Hamdan.
Selaku pemerintah dan mubaligh
di Yaman, Saiyidina Ali R.A. juga
telah diperintahkan untuk
menjadi hakim dalam bidang
pengadilan. Oleh kenana beliau
berasa dirinya kurang ahli dalam
bidang pengadilan itu maka
dengan terus-terang dan ikhlas
beliau berkata kepada Rasul
S.A.W., "Ya Rasul Allah, saya tidak
mengerti dan tidak mempunyai
keahlian yang cukup mengenai
hal pengadilan ini.
Mendengar perkataan Saiyidina
Au R.A. itu segeralah Rasulullah
S.A.W. menyapu dada beliau
dengan tangan Rasulullah S.A.W.
sendiri sambil bersabda, "Ya
Allah, bukalah dada Ali untuk
menerima ilmu dan lapangkanlah
ucapannya dalam soal
pengadilan". Adalah diriwayatkan
bahawa berkat doa Nabi
Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali
Bin Abu Talib R.A. kemudiannya
menjadi seorang hakim yang
bijak lagi adil hukumannya. Baik
di zaman Saiyidina Abu Bakar Al-
Siddiq R.A. mahupun di zaman
Saiyidina Umar Al Khattab R.A.
selalulah Saiyidina Ali R.A. diajak
bermesyuarah dalam
memutuskan sesuatu masalah
yang dihadapi oleh Khalifah-
Khalifah itu. Bahkan Saiyidina
Umar Al Khattab R.A. biasanya
enggan memutuskan sesuatu
keputusan sebelum lebih dahulu
Saiyidina Ali R.A. diajaknya
berunding.
Demikianlah beberapa kisah
riwayat tentang peranan yang
pernah dilakukan oleh Saiyidina
Ali Bin Abu Talib di zaman
hidupnya Rasulullah S.A.W. Ketika
Rasulullah S.A.W. wafat, Saiyidina
Ali R.A. tidak mempunyai
kesempatan untuk menyertai
pertemuan para sahabat dan
golongan Muhajirin dan Ansar di
Balai Bani Saidah hingga
terpilihnya Saiyidina Abu Bakar
Al-Siddiq sebagai Khalifah.
Sebabnya ialah ketika itu beliau
sibuk menguruskan jenazah
Rasulullah S.A.W. Pada hari yang
penuh dukacita itu, beliau sama
sekali tidak menghiraukan
permesyuaratan yang
berlangsung di Balai Bani Saidah
itu kerana beliau sibuk dengan
tugas-tugas pengkebumian
jenazah Rasulullah S.A.W. serta
mententeramkan sekelian
keluarga Rasul S.A.W.
Permesyuaratan di Balai Bani
Saidah hampir-hampir sahaja
menimbulkan keadaan yang
kacau tetapi akhirnya dapat
ditenteramkan dengan
terpilihnya Saiyidina Abu Bakar
R.A. sebagai Khalifah pertama
sesudah Rasulullah S.A.W. Pada
mulanya Saiyidina Ali R.A. enggan
memberikan persetujuannya
terhadap pemilihan Abu Bakar Al-
Siddiq R.A. sebagai Khalifah,
bukan kerana benci atau kurang
senang terhadap Saiyidina Abu
Bakar R.A. bahkan kerana rasa
hati beliau yang sedang remuk
redam disebabkan hilangnya
Rasulullah S.A.W. Enam bulan
kemudian setelah isteri beliau
iaitu Siti Fatimah meninggal
dunia, maka baharulah Saiyidina
Ali Bin Abu Talib R.A. memberikan
persetujuannya secara rasmi
terhadap pengangkatan
Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai
Khalifah. Saiyidina Abu Bakar R.A.
pun selaku pemerintah ummat
yang agung, tidak pernah
meninggalkan Saiyidina Ali R.A. di
dalam permesyuaratan penting.
Apakala Saiyidina Umar Al
Khattab menjadi Khalifah yang
kedua, Saiyidina Ali R.A. tetap
memperoleh kemuliaan dan
penghormatan dan Saiyidina
Umar R.A. sepertimana yang
dinikmatinya semasa
pemenintah Abu Bakar R.A.
Walaupun diketahui bahawa
Umar Al Khattab terkenal sebagai
sahabat yang sangat ahli dan
bijak dalam bidang hukum,
namun baginda sering minta
bantuan kepada Saiyidina Ali R.A.
di dalam menyelesaikan
beberapa hal yang sulit-sulit
bahkan pernah diriwayatkan
orang bahawa Saiyidina Umar Al
Khattab R.A. tidak suka
merundingkan soal-soal yang
sulit tanpa dihadiri oleh Saiyidina
Ali Bin Abu Talib.
Setelah wafat Saiyidina Umar Al
Khattab jawatan Khalifah
akhirnya jatuh pula ke tangan
Saiyidina Uthman Bin Affa'n R.A.
Namun begitu Saiyidina Ali R.A.
tetap memberikan
persetujuannya serta
ketaatannya kepada Khalifah
Uthman R.A. sekalipun dirinya
juga bercita-cita agar terpilih
sebagai Khalifah. Sungguhpun
demikian, kesayangan Khalifah
Uthman yang berlebih-lebihan
terhadap kaum kerabatnya
sendiri menyebabkan
pandangan Saiyidina Ali R.A.
dalam beberapa hal berubah
terhadap Khalifah. Bahkan
sebahagian danipada penduduk
melihat seolah-olah terdapat
keretakan dalam hubungan
antara dua tokoh besar itu.
Keadaan inilah yang
menyebabkan setengah-
setengah pihak yang memusuhi
Saiyidina Ali R.A. menuduh
Saiyidina Ali R.A. terlibat dalam
pembunuhan Saiyidina Uthman
Bin Affan R.A. Padahal yang
sebenarnya Saiyidina Ali R.A.
sama sekali tidak
bertanggungjawab dalam
perkara yang terjadi ke atas
Khalifah Uthman R.A. Bahkan
beliaulah sahabat yang paling
mengambil berat terhadap
keselamatan Khalifah. Ketika
rumah Khalifah Uthman R.A.
dikepung oleh puak
pemberontak, Saiyidina Ali R.A.
segera mengirim puteranya
Saiyidina Hasan R.A. supaya
menjaga keselamatan Khalifah.
Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin
Ali R.A. datang ke rumahnya
untuk menawarkan bantuan,
Khalifah Uthman R.A. menolak
bantuannya serta menyuruhnya
pulang. Lebih dari itu, apakala
Saiyidina Ali R.A. mendengar
khabar tentang pembunuhan
Khalifah Uthman R.A. beliau telah
memukul anaknya Hasan R.A.
serta mengancam Muhammad
Bin Talhah kerana dianggapnya
kurang rapi menjalankan tugas
menjaga keselamatan Saiyidina
Uthman R.A.
Saiyidina Ali R.A. akhinnya telah
dipilih kemudiannya sebagai
Khalifah selepas kewafatan
Khalifah Uthman R.A. sedang
ketika itu sebahagian besar para
sahabat Rasulullah S.A.W. sudah
berselerak di pelusok kota-kota
di seluruh wilayah Islam. Yang
masih tinggal di Madinah hanya
sebahagian kecil sahaja.
Setelah jawatan Khalifah jatuh
kepadanya maka baharulah
Saiyidina Ali R.A. cuba bemtindak
untuk membawa garis politik
seperti yang pernah dijalankan
oleh Rasulullah S.A.W., Khalifah
Abu Bakar R.A. dan Khalifah Umar
Al Khattab R.A. Tetapi keadaan
masyarakat dan ummat sudah
jauh berubah disebabkan
perkembangan ekonomi dan
pembangunan yang diakibatkan
oleh perluasan takluk Islam. Cita-
cita Saiyidina Ali R.A. untuk
membawa kembali dasar
pemerintahan ummat
sebagaimana zaman Rasulullah
dan Saiyidina Abu Bakan R.A. dan
Umar R.A. telah menghadapi
rintangan dari pihak-pihak yang
bersimpati dengan Saiyidina
Uthman R.A. yang menuduhnya
bentanggungjawab dalam
penistiwa pembunuhan itu.
Disebabkan adanya golongan
yang keras rnenentang sikapnya
itu seperti Muawiyah Bin Abu
Sufyan dan pembantunya Amru
Bin Al As maka tenjadilah satu
penbalahan yang sengit antana
dua golongan itu. Satu
pertelingkahan yang panjang
yang mengakibatkan
pertumpahan darah di antana
sesama ummat Islam. Muawiyah
berkeras enggan mengakui
Saiyidina Ali Bin Abu Talib
sebagai Khalifah senta menuntut
baginda mengenakan hukuman
tenhadap orang-orang yang
bertanggungjawab dalam
pembunuhan Saiyidina Uthman
R.A. Sedang Saiyidina Ali R.A. pula
terlebih dahulu telah memecat
Muawiyah sebagai gabenor Syam
dan juga tokoh-tokoh yang
pemnah dilantik oleh Khalifah
Uthman R.A. atas dasan
kekeluargaan. Akibatnya maka
berlakulah peperangan yang
berpanjangan antara pihak
Khalifah Ali R.A. dengan pihak
penyokong Muawiyah Bin Abu
Sufyan yang terdiri dari
penduduk negeri Syam.
Kesudahan dari perbalahan yang
panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu
Talib akhirnya telah mati
terbunuh oleh pengikut
golongan Khawarij.